Selasa, 1 November 2011

Kebebasan Berita dan Informasi Media: Mesti Paradoks

Buat apa mengatakan bebas jika semuanya masih dihalang. Merujuk kepada Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Malaysia berada di tangga ke 132 daripada 173 negara yang ditinjau (http://www.malaysiakini.com/news/91785) mempunyai tahap kebebasan media boleh dikatakan hampir tiada.

Sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghalang kebebasan media seperti sesuatu yang tidak perlu dibanggakan. Mengapa menghalang benda dan cerita yang betul jika diri tidak bersalah. Menghalang kebebasan media samalah seperti menutup kesalahan sendiri.

Tetapi harus diingat, Malaysia pernah menyarankan "Satu Rumah, Satu Komputer". Jika dilihat dari perspektif berbeza, tidak salah menyuarakan apa sahaja cerita mengenai kerajaan ataupun mungkin kesalahan yang dilakukan sebilangan ahli politik jika kena kepada caranya.

Mengapa saya katakan "Mesti Paradoks"?
Menggunakan kata-kata kesat untuk menyampaikan kemarahan kepada sesuatu pihak adalah perangai yang lansung tidak profesional. Artikel yang kita terbitkan akan dibaca bukan hanya kita dan ahli keluarga, tetapi seluruh masyarakat di dunia. Bagaimana pandangan masyarakat luar terhadap kerajaan Malaysia jika mendapat informasi yang tidak sahih, tidak pasti kebenarannya dan salah? Bagaimana pula generasi yang mengakses laman yang mengandungi artikel yang 'kaya' dengan kata-kata kesat dan nista?

Berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan boleh mengubah segalanya. Tidak salah menyuarakan pendapat yang membina dan tidak salah mengkritik dengan sopan. Semua pihak dapat menerima pendapat dan pandangan.

Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..." anda fikir la sendiri apa akibatnya.

1 ulasan: