Isnin, 14 November 2011

Kewartawanan dalam Talian Amat Perlu dikawal


Kewartawanan dalam talian adalah satu cabang baru dunia kewartawanan. Masih lagi sejenis berita yang dihasilkan penulis tetapi ianya dipaparkan atau diterbitkan ke dalam talian atau lebih mudah kita semua tahu sebagai internet.



Contoh kewartawanan dalam talian


Berita yang telah dihasilkan oleh penulis atau wartawan yang mewakili sesuatu pihak akan menerbitkan berita yang diperolehi ke dalam internet. Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan berita sama seperti cara yang digunakan wartawan media cetak. Apa yang menghasilkan perbezaan ketara adalah kewartawanan dalam talian menerbitkan berita semasa atau real time news.



Berita ini diterbitkan pada 14 November 2011 sewaktu saya sedang menulis blog ini


Uniknya kewartawanan dalam talian kerana penulisnya boleh menjadi sesiapa sahaja. Perbezaan setiap individu yang menulis di dalam talian adalah cara mereka menulis dan kandungan informasi yang mereka tulis.



Penulis ini bukan wartawan dari mana-mana pihak tetapi menulis mengenai artis tanah air


Kewartawanan dalam talian banyak melibatkan bagaimana penulis melahirkan perasaan mereka pada sesuatu. Ia dapat juga dianggap sebagai menyebelahi satu pihak atau bias. Penulis akan menulis dengan pujian jika mereka suka pada sesuatu subjek dan akan mengutuk pada benda atau perkara yang mereka tidak suka.



Anak Perdana Menteri dijadikan subjek penulisan


Menjadi keperluan yang amat penting pada masa kini untuk pihak bertanggungjawab mengawal kewartawanan dalam talian. Perkara ini adalah perkara yang sangat serius dan di khuatiri boleh memberi kesan negatif kepada seluruh masyarakat terutamanya di Malaysia. Selain itu, mengawal kewartawanan dalam talian dapat menyekat perbuatan yang tidak bermoral dan beretika yang boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain dan negara.



Seorang pelajar yang telah menghina institusi raja dan lagu negara Malaysia


Penulis khususnya perlu lebih peka dan berhati-hati dalam menghasilkan karya mereka untuk diterbitkan. Mereka boleh melahirkan apa sahaja buah fikiran yang mereka fikir relevan untuk tatapan masyarakat. Tetapi, penulis harus memastikan bahawa mereka membincangkan idea mereka berdasarkan fakta semata-mata dan bukan mengikut pandangan dan perasaan mereka secara peribadi.


Kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang. Kita mestilah patuh pada undang-undang dan menghormati hak dan kedudukan orang lain. Sebelum menerbitkan sesuatu artikel di internet, kita mestilah memastikan isi kandungan artikel yang ditulis tidak akan memberi kesan buruk pada kita kelak. Teliti setiap maklumat sebelum melakukan sesuatu kerana akibat yang akan kita dapat pasti berbaloi dengan apa yang telah kita kerjakan.


Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan kepada individu tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan kewartawanan dalam talian untuk kepentingan peribadi. Amat penting untuk kerajaan melakukan demikian kerana selain dapat mengawal kewartawanan dalam talian, ia dapat membendung kejadian negatif daripada berlaku. Pihak kerajaan yang mempunyai kuasa boleh mengetatkan lagi undang-undang supaya penulis dan individu tidak bertanggungjawab akan lebih berhati-hati semasa menulis dan menerbitkan karya mereka di internet.


Semakin moden sesuatu teknologi, semakin mundur rakyatnya. Itulah yang dapat digambarkan apabila secara tiba-tiba wujud artikel-artikel yang mengutuk sesuatu bangsa dan kaum. Apakah motif utama penerbitan artikel itu masih tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti ialah apabila cerita tidak elok dipaparkan, pasti ada pihak yang akan bertindak dan ini suatu keadaan yang lansung tidak menguntungkan sesiapa.



Contoh artikel atau laman yang cuba mencari sensasi dan mengundang kemarahan sesetengah pihak




Artikel yang cuba mensensasikan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya




Penggunaan kata kesat yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang pelbagai pihak



Selasa, 1 November 2011

Kebebasan Berita dan Informasi Media: Mesti Paradoks

Buat apa mengatakan bebas jika semuanya masih dihalang. Merujuk kepada Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Malaysia berada di tangga ke 132 daripada 173 negara yang ditinjau (http://www.malaysiakini.com/news/91785) mempunyai tahap kebebasan media boleh dikatakan hampir tiada.

Sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghalang kebebasan media seperti sesuatu yang tidak perlu dibanggakan. Mengapa menghalang benda dan cerita yang betul jika diri tidak bersalah. Menghalang kebebasan media samalah seperti menutup kesalahan sendiri.

Tetapi harus diingat, Malaysia pernah menyarankan "Satu Rumah, Satu Komputer". Jika dilihat dari perspektif berbeza, tidak salah menyuarakan apa sahaja cerita mengenai kerajaan ataupun mungkin kesalahan yang dilakukan sebilangan ahli politik jika kena kepada caranya.

Mengapa saya katakan "Mesti Paradoks"?
Menggunakan kata-kata kesat untuk menyampaikan kemarahan kepada sesuatu pihak adalah perangai yang lansung tidak profesional. Artikel yang kita terbitkan akan dibaca bukan hanya kita dan ahli keluarga, tetapi seluruh masyarakat di dunia. Bagaimana pandangan masyarakat luar terhadap kerajaan Malaysia jika mendapat informasi yang tidak sahih, tidak pasti kebenarannya dan salah? Bagaimana pula generasi yang mengakses laman yang mengandungi artikel yang 'kaya' dengan kata-kata kesat dan nista?

Berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan boleh mengubah segalanya. Tidak salah menyuarakan pendapat yang membina dan tidak salah mengkritik dengan sopan. Semua pihak dapat menerima pendapat dan pandangan.

Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..." anda fikir la sendiri apa akibatnya.

Selasa, 11 Oktober 2011

Better Late than Never

Pepatah Inggeris yang mengatakan lebih baik lewat daripada langsung tidak melakukan sesuatu.


Permulaan memang sukar, melangkah kali pertama bak budak yang bertatih tidak mudah dilakukan.


Aku mungkin bukan penulis yang baik, tetapi laman web personal ini akan aku gunakan untuk meluahkan pendapat dan perspektif. Terlalu banyak isu yang aku ingin utarakan lewat dewasa ini. mungkin sekarang masa yang baik untuk aku terus mengupas isu-isu yang berkait rapat dengan aku,keluarga dan nagara aku. Mungkin suara aku tidak akan kedengaran di platform yang besar tetapi cukup sekadar aku berkongsi dengan mereka yang sama seperti aku. Mereka yang ingin berkongsi idea dan pendapat untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik dan lebih bererti.


Salam.